Saturday, October 3, 2009

Baru gegar sikit, kita dah cuak, kalo macam kat indon....

400 hilang ditelan bumi

JAKARTA: Kira-kira 400 orang yang sedang menghadiri satu majlis pernikahan dikhuatiri hilang ditelan bumi di Dusun Pulau Aik, Padang Pariaman ketika gempa bumi berukuran 7.6 skala Richter melanda Sumatera Barat, Indonesia pada jam 5.16 petang, 30 September lalu.

Kebimbangan itu berdasarkan keadaan kampung terbabit yang kini rata ditutupi tanah dan menara masjid yang menjadi struktur tertinggi di situ, juga sudah tidak kelihatan.

"Mereka ditelan bumi sedalam 30 meter akibat gempa dan tanah gelungsur (tanah runtuh),” kata Ketua Pusat Menangani Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam S Pakaya yang dipetik detikcom, semalam.

Sambil menyebut bahawa pasukan mencari dan menyelamat tidak mungkin menggali sedalam 30 meter untuk mengeluarkan mayat mangsa, beliau berkata, dengan tenggelamnya kampung itu, proses mencari dan menyelamat sangat sukar dijalankan walaupun pasukan pencari masih berusaha.

-BERITA HARIAN-


Hari Selasa yg lalu, terasa la jugak sedikit gegaran kat atas muka bumi Malaya ni. Sape yg duduk dekat tingkat 3 ke 4 ke mungkin terasa gegaran kesan gempa bumi kat Sumatra baru-baru ni. Yg duk tingkat 1 ke 2 aku xsure. Tapi yg sure nye mmg cuak la. Baru gegar sikit aku dah gelabah, mula2 igtkan ade org goyang katil ngan locker aku, rupenye roomate aku pun rase gak. Bersyukur la kepada Allah s.w.t negara kita selamat dari malapetaka tersebut.
Tgk je dalam artikel di atas, 400 di telan bumi. Macam mane nak cari balik, di Samoa pulak tsunami yg dasyat yg mane dulu sebahagian negara kita pernah lalui dulu. Suatu peringatan Allah kepada kita bahawa Hari Kehancuran bakal tiba pada suatu hari nanti.

1 comment:

Unknown said...

huhu.. aku lgsg xtau menau pasal yg gegaran ni sume... sabtu aitu diorg citer baru aku tau.. ngahaha...
xpeka langsung!! (-.-")