
Mungkin agak basi untuk aku kupaskan hal ni. Tapi hati aku tergerak untuk menyentuh tentang hal ini. Tentang ape? Rakyat Malaysia mengejek team negara mereka sendiri ketika frienldly match Malaysia vs Manutd. Memang aku x pegi Stadium ari tu tapi aku dapat tau dari web Goal.com, statement pegawai Manutd bahawa Manutd sangat popular di Asia sehinggakan team Malaysia diboo oleh rakyat negara sendiri. Baca je statement tu terus aku tebal muka aku dengan org asing.
Sebelum berceloteh lebih panjang, ingin aku bahagikan dulu golongan2 yg pergi ke stadium aritu:
1. Penyokong setia Man Utd
2. Penyokong Liverpool, Chelsea, Arsenal yg menyokong Malaysia.
3. Penyokong kuat Malaysia.
4. Golongan yg hanya mengikuti bola sepak eropah dan memilih utk menyokong Manutd.
Sudah semestinya yg mengejek team Malaysia ialah golongan 1 dan 4. Mengapa perlu perkara seperti ini berlaku pada golongan 1 dan 4? Takkan tiada sekelumit perasaan bangga akan negara sendiri.
Sudahlah prestasi team Malaysia sudah merudum sejak bedekad. Manakan tidak lumpuh lagi apabila diejek oleh rakyat negara sendiri.
p/s: Takkan bila team Malaysia menang baru nak sebelahkan team Malaysia? Hipokrit ke korang ni?
No comments:
Post a Comment