Tuesday, March 30, 2010

"Kami nak seluas bau bangkai ni je"



Teringat cerita Cikgu Sejarah aku time sekolah dulu punye cite. Cite ni xde dalam buku teks kot. Xtau la kalo skrg dah ade. Disebabkan aku xminat sejarah, so aku xigt detail sgt pasal latar masa, tempat dan lain2 lagi.

Cerita pasal macam mane penjajah cuba nak take over sesebuah kawasan secara halus dan bijak. Rasenye pasal Belanda di tanah Indonesia dulu. Ok korang sume mesti dah familiar dengan situasi raja meminta pertolongan org barat demi pertahanan dari serangan kerajaan lain kan? Jadi apabila Belanda dah tolong setel keje, mula la diorang ni nak mintak hak kat situ.

So, diorang nak mintak tanah skit kat situ. Jadi dia hantar la proposal kat raja dengan cara membawa seekor bangkai kambing kepada raja. Kata nye kepada raja, "Kami cuma mahukan tanah seluas bau bangkai ini sahaja". Bermakna mereka akan letak bangkai kambing ini di sesebuah kawasan dan tanah mereka adalah setakat mana bau bangkai tersebut berakhir. Raja pun tgk cam kecik, kering je kambing tu, die pun bagi la green light mungkin dah pikir masak2 besar mane je tanah tu.

Jadi si Belanda ni pegi la ke tanah yg mereka nak. Ape taktik diorang? Diorang belah bangkai kambing tu kecik2, pastu diorang baling jauh2 semua ketulan bangkai tadi. Jadi seluas mane yg mereka dapat? Berganda2 dari ape yg Raja bayangkan. Kan dah kene trick ngan org Belanda.

Point: Sejak dari dulu lagi org barat dah dahului kita. Dan kita follow ape yg mereka buat. Kita asik tertipu dengan tipu helah diorang. Sampai bila? Ha yg itu kita xtau.

P/s: Bukan org dalam gambar tu yg kerat bangkai tu. Saje je google gambar org Belanda hehe...

1 comment:

EP_JB said...

kat penang pon penah jadi mcm ni gak....seluas kulit kerbau tapi dia lilit jadi tali patu buat kawasan